31 Mar 2013
Johan Lagi !!! Kejohanan Golf JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Siri 1/2013

Pada 31 Mac 2013 (Ahad) yang lalu telah diadakan Kejohanan Golf JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) siri 1/2013 yang bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country Resort Club. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Koperasi JKR WPKL Berhad dan terbuka kepada kakitangan JKR WPKL dan rakan strategik JKR WPKL. Ia bertujuan bagi merapatkan silaturrahim dan mengeratkan lagi kesefahaman dalam pekerjaan seharian. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila berjaya mengumpulkan 28 penyertaan peserta dimana terdiri daripada 7 orang kakitangan JKR WPKL, 2 orang JKR Jemputan dan 19 orang rakan strategik JKR WPKL.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JKR WPKL iaitu Tn. Hj. Ir. Adanan Sukri Bin Musa. Kejohanan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

<< Kembali Ke Berita