1 Apr 2013
Majlis Serah Tugas KPP PMO JKRWPKL

JKRWPKL sekali lagi mengadakan satu Majlis Serah Tugas bagi mantan KPP PMO iaitu En Mohd Fared Bin Alias dan mantan PP SFB iaitu Pn Ida Marlinda Muzahar. Jawatan KPP PMO yang baru disandang oleh Tn Hji Bakhorizam Ahmad Hafizi dan PP SFB yang akan menggantikan Pn Ida Marlinda yang bertukar ke JKR Selangor adalah Pn Siti Ana Nuriena Ahmad Kholid.

Majlis diadakan pada 1 April 2013 bertempat di Bilik Kasawari,JKR WPKL. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan aluan oleh Pengarah JKR WPKL, Ir. Hj. Adanan Sukri bin Musa. Pn Ida Marlinda turut berkesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya Nota Serah Tugas di tandatangan di antara En Mohd Fared Alias. Hj Bakhorizam serta Pn Ida Marlinda dan Pn Siti Ana Nuriena disaksikan oleh Pengarah, KPP SFB, PPK Pentadbiran & Kewangan. Majlis ini turut diraikan bersma - sama Pegawai P&P dan kakitangan SFB.

Tahniah diucapkan dan pihak pengurusan JKR WPKL mengucapkan setinggi penghargaan kepada KPP PMO En Mohd Fared Bin Alias dan PP SFB Pn Ida Marlinda Binti Muzahar  di atas sumbangan beliau sepanjang bertugas di Jabatan ini. Semoga beliau sentiasa maju jaya di masa hadapan.

img_4083

img_4093

 

 

img_4099

img_4108

 

 

 

img_4112

img_4124

 

 

 

img_4118

img_4132

 

 

 

 

img_4134

img_4128

<< Kembali Ke Berita