14 Jan 2010
Penyerahan Projek Dewan Dato’ Razali, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras

Pada 14 Januari 2010 tepat jam 10 pagi bertempat di Dewan Dato’ Razali yang baru, satu majlis penyerahan telah diadakan dalam suasana yang cukup meriah. Pihak pelanggan diketuai oleh Puan Noorul Aini bt Abdul Rahman yang merupakan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan JKR WPKL diketuai oleh Encik Azmi bin Che Kob Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan). Majlis telah dimulai dengan ucapan terima kasih Puan Pengarah (IPG) diatas kerjasama yang baik oleh JKR WPKL dalam menjayakan projek ini. En. Azmi juga telah memberikan ucapan balas mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan terhadap JKR yang diberikan oleh pihak pelanggan dalam melaksanakan projek ini.

dsc_0002dsc_0005dsc_0007dsc_0009dsc_0010dsc_0012dsc_00141dsc_0016dsc_0019dsc_0020dsc_0021dsc_0022dsc_0024dsc_0032dsc_0033dsc_0035dsc_0037dsc_0038dsc_0040dsc_0041dsc_0042dsc_0046dsc_0047dsc_0048dsc_0051

<< Kembali Ke Berita