17 Dec 2010
KURSUS PENGURUSAN PROJEK & APLIKASI PERISIAN ‘MICROSOFT PROJECT’ DALAM PENYEDIAAN PROGRAM KERJA DAN PENGAWALAN KEMAJUAN KERJA MENGGUNAKAN TEKNIK ‘CRITICAL PATH METHOD’ (CPM)

JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Koperasi JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Dynamic Trainer Enterprise telah menganjurkan Kursus Pengurusan Projek & Aplikasi Perisian ‘Microsoft Project’ Dalam Penyediaan Program Kerja Dan Pengawalan Kemajuan Kerja Menggunakan Teknik ‘Critical Path Method’ (CPM) pada 16 hingga 17 Disember 2010 bertempat di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.


Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai stakeholders iaitu Pasukan Selia Tapak, Kontraktor dan Perunding yang terlibat di dalam projek-projek pembangunan JKR . Upacara perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Hj. Ir. Adanan Sukri Bin Musa. Di dalam ucapan beliau, Tuan Hj. Ir. Adanan Sukri Bin Musa telah menerangkan secara ringkas mengenai kaedah pemantauan projek JKR berdasarkan sistem SKALA JKR selain menyampaikan beberapa amanat yang bermanfaat kepada stakeholders projek-projek pembangunan JKR yang hadir ke kursus ini.


Objektif utama kursus ini diadakan adalah bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sesuatu projek seperti perancangan skop sesuatu projek, perancangan jadual masa kerja, perancangan kos projek, pemantauan dan kawalan sesuatu projek berdasarkan kaedah ‘Critical Path Method’ (CPM).


Maklumbalas yang diterima daripada peserta kursus melalui borang maklumbalas yang telah diedarkan pada penghujung kursus ini mendapati rata-rata peserta kursus berpuas hati dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan sepanjang kursus isi serta mencadangkan kursus ini diadakan lagi bagi memberi peluang kepada stakeholder projek-projek pembangunan JKR yang lain yang tidak berkesempatan bagi menghadiri kursus ini.

kop-0061kop-0181

kop-0171

<< Kembali Ke Berita