18 Jul 2011
KARNIVAL SUKAN JKR WPKL 2011

Karnival Sukan JKR WP KL

Karnival sukan JKR WPKL diadakan pada 16hb Julai 2010 jam 8 pagi.  Perasmian dan penutup dilakukan sendiri oleh Tuan Pengarah JKR WPKL Ir Hj Adanan Sukri b Musa selaku Yaang Dipertuan Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hampir semua KPPK dan KPP dan ahli jawatankuasa induk  kelab sukan dan kebajikan hadir.

Pertandingan acara sukan mula dipertandingkan secara aktif sejak tahun 2009 iaitu sejak kedatangan  Pengarah  dan Yang di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan tekini.

Untuk tahun ini sebanyak    11 acara di pertandingan dan keputusan adalah seperti  berikut:

Sukan Johan Naib Johan
Boling Exora Perdana
Futsal Perdana Inspira
Bulu Tangkis Pesona Perdana
Bola Jaring Exora Pesona
Sepak Raga Bulatan Pesona Perdana
Ping Pong Inspira Exora
Bola Tampar Pesona Inspira
Dart Inspira Perdana
Dam Aji Perdana Pesona
Congkak Perdana Pesona
Karom Inspira Perdana

Pasukan Perdana berjaya mengekalkan kejuaraan walaupun pada tahun ini ada sistem pemotongan markah bagi staff atau kakitangan pasukan berkeatan .  Berikut adalah bilangan staff yang tak hadir untuk setiap pasukan.

Pasukan Jumlah  Ahli Pasukan Tidak Hadir %  Tak Hadir
Perdana ( Meah) 169 81 47
Pesona (Biru) 140 70 50
Inspira ( Kuning) 140 74 52
Exora ( Hijau) 149 64 42

Kedudukan Pasukan setelah dibuat tolakan pada yang tak hadir adalah seperti berikut:

JOHAN               :  PERDANA

NAIB JOHAN    : PESONA

KETIGA              : INSPIRA

KEEMPAT          : EXORA

Dalam ucapan  perasmian , Tuan Pengarah mengatakan tujuan utama diaktifkan pertandingan acara sukan dalaman dan luaran adalah untuk  mengujudkan semangat kekitaan dikalangan warga JKR WPKL disamping peringatan pada staff supaya menjaga kesihatan tubuh badan. Tubuh badan yang sihat biasanya lebih  menyenangkan semua staff melaksanakan  kerja kerja  yang dipertanggungjawabkan.

Suasana pada hari Karnival Sukan sungguh  ceria dan mengembirakan, dan semua yang hadir dijamu dengan longgokan buah durian yang didatangkan khas dari Negeri Sembilan.

Karnival tamat pada jam 1 tgh selepas pembahagian hadiah  pada semua pasukan yang mendapat Johan dan Naib Johan.

img_4937img_4932img_4931img_4927img_4925img_4924img_4915img_4913img_4912img_4910img_4907img_4905img_4898img_4892img_4890img_4862img_4860img_4846img_4840img_4830img_4826img_4822img_4818img_4817img_4810img_4798img_4796img_4793img_4779img_4778img_4773img_4768img_4760img_4756img_4750img_4747img_4744img_4742img_4730img_4727img_4721img_4719img_4715img_4714img_4712img_4708img_4705img_4702img_4700img_4686img_4629img_4619img_4614img_4609img_4600img_4593img_4590img_4588img_4587img_4584img_4576img_4571img_45691img_4556

Gambar oleh Mohd Helmy AJK Promosi

<< Kembali Ke Berita