11 Jun 2012
Program Kesedaran Dasar Keselamatan ICT JKR Wilayah Persekutuan

Baru-baru ini, pada 7 Jun 2012 yang lalu, Bahagian Pengurusan Korporat JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Kesedaran Dasar Keselamatan ICT JKR bertempat di bilik Kasawari JKR WPKL. Program yang julung kali diadakan ini disertai seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan & Profesional dan Kakitangan Kumpulan Sokongan.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan ICT kepada pengguna- pengguna ICT JKR. Ianya juga mendedahkan kepada para peserta tentang perlunya aset - aset ICT dilindungi.  Program ini disampaikan oleh Cik Nani Lee dari Unit Rangkaian & keselamatan ICT Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen semua peserta dalam menjayakan program ini.

img_0016  img_0019

img_0020  img_0022

img_0024  img_0030

<< Kembali Ke Berita