29 Oct 2012
Majlis Serah Tugas KPP Bahagian Bangunan A, JKR WPKL

 

Buat julung kalinya, JKR WPKL telah mengadakan satu Majlis Serah Tugas bagi pegawai yang bertukar dan perintis kepada majlis ini adalah melibatkan Ir. Hjh. Zuraida binti Zaini Rijal iaitu mantan KPP Bahagian Bangunan A  yang bertukar ke Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan (CKASJ) Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Majlis diadakan pada 29 Oktober 2012 (Isnin) bertempat di Bilik Kasawari,JKR WPKL. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Pengarah JKR WPKL, Ir. Hj. Adanan Sukri bin Musa. Ir. Hjh. Zuraida binti Zaini Rijal turut berkesempatan untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya Majlis Penyerahan Tugas di antara Ir. Hjh. Zuraida binti Zaini Rijal dan Ir. Roslan bin Ibrahim selaku KPP Bahagian Bangunan A yang baru dijalankan dengan disaksikan oleh Pengarah JKR WPKL dan KPPK Pembangunan, En. Mohd Azmi bin Che Kob. Majlis ini turut diraikan bersama semua Pegawai Pengurusan & Profesional JKR WPKL.

Ir. Hjh. Zuraida binti Zaini Rijal mula berkhidmat dengan JKR Malaysia pada bulan Disember 1995 dan pada bulan Februari tahun 2007 beliau mula bertugas sebagai KPP Bangunan A JKR WPKL.

Pihak Pengurusan JKR WPKL mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ir. Hjh. Zuraida binti Zaini Rijal di atas sumbangan beliau sepanjang bertugas di Jabatan ini.Semoga beliau sentiasa maju jaya di masa hadapan.

 

img_1291 img_12921         

img_1287 img_1308

img_1299 img_1316

img_1326 img_1331

               img_1290 

<< Kembali Ke Berita