6 Feb 2013
PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA

Pada tanggal 3 Februari 2013 yang lalu, satu Program My Beautiful Malaysia telah diadakan di Taman Botani, Lake Garden, Kuala Lumpur. Karnival ini telah dilancarkan oleh Y.B. Tan Sri Dr. Koh Soo Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Karnival anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Dato’ Seri Ahmad Phesal bin Talib.

Buat julung kalinya, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih oleh Kementerian Kerja Raya mewakili pihak Kementerian bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghantar seramai 250 orang kakitangan yang terdiri daripada Pengurusan & Profesional dan kumpulan sokongan. Program ini juga turut dihadiri oleh Pengarah JKR Wilayah Persekutuah Kuala Lumpur bagi memeriahkan program ini. Semoga program sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat membuahkan hasil yang baik di kalangan penjawat awam.

<< Kembali Ke Berita