Print this page
Tuesday, 12 January 2016 19:37

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BILIK PENYIMPANAN KOLEKSI KHAS PERPUSTAKAAN NEGERA MALAYSIA (PNM)

Written by 
Rate this item
(0 votes)
12.01.2016   |   MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BILIK PENYIMPANAN KOLEKSI KHAS PERPUSTAKAAN NEGERA MALAYSIA (PNM)
Pembinaan sembilan (9) Tingkat Rak Penyimpanan Buku di Bilik Stek Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur merupakan projek di bawah seliaan dan pemantauan JKR Malaysia secara amnya dan Bahagian Pendidikan, JKR WPKL secara khususnya selaku agensi pelaku.

Projek ini yang berkonsepkan Reka & Bina dengan jumlah sebanyak 15,274 meter persegi telah dilaksanakan pada 29 September 2014 dan siap sepenuhnya pada 23 Disember 2015. Ia telah diserahkan dengan jayanya kepada pihak pelanggan iaitu Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 12 Januari 2016.

Keunikan projek ini adalah pembinaan 9 tingkat rak penyimpanan buku ini dilaksanakan di dalam ruangan sedia ada yang berketinggian 6 tingkat. Ironinya, projek ini juga merupakan projek pertama sekali yang telah dibini di Malaysia.

stek1

 

stek2

 

stek3

 

stek4

 

 

Read 3943 times Last modified on Friday, 08 April 2016 19:42
Pentadbir

Latest from Pentadbir