Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Tuesday, 02 August 2016 16:11

LAWATAN EMS (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) JKR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE BANGUNAN BERLIAN SURUHANJAYA TENAGA PADA 2 OGOS 2016.

Written by 
Rate this item
(0 votes)

Satu lawatan telah dijalankan oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga pada 2 Ogos 2016. Seramai lebih 40 orang peserta yang terdiri dari pelbagai bahagian JKR WP Kuala Lumpur telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta berkenaan elemen-elemen Green Technology dan Sistem Kecekapan Tenaga yang diimplikasikan di dalam pembinaan Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya ini.



Bangunan Berlian, yang merupakan ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga terletak di Presint 2, Putrajaya, berhadapan taman landskap awam yang dinamakan Taman Pancarona. Bangunan Berlian direka bentuk dan dibina berdasarkan konsep pembangunan mampan, dengan mempertimbangkan aspek-aspek berikut:


1.    Pengurangan dalam penggunaan bahan api fosil
2.    Penjimatan air
3.    Bahan binaan yang mampan
4.    Pengurangan dan penghindaran bahan buangan
5.    Kualiti persekitaran dalaman
6.    Pengurusan trafik dan pengangkutan
7.    Pelan pengurusan pembinaan dan perobohan




Bangunan ini dibina untuk mempunyai indeks tenaga sebanyak 85 kWj/m2/tahun, berbanding indeks piawaian sebanyak 135 kWj/m2/tahun (MS1525).



Indeks Tenaga Bangunan (BEI) merupakan pengiraan jumlah tenaga tahunan yang digunakan di dalam sesebuah bangunan dalam jam kilowatt (kWj), dibahagikan dengan keluasan lantai dalam meter persegi (m2). BEI bagi bangunan pejabat yang biasa di Malaysia adalah 210kWj/m2 setahun. Bangunan Berlian direka dengan BEI 85kWj/m2 setahun dengan penggunaan 2,800 jam – pengurangan sebanyak 65% dari segi penggunaan tenaga. Pada masa ini, purata BEI untuk bangunan ini adalah 65kWj/m2 setahun.



Strategi reka bentuk Bangunan Berlian ini dirangkumkan melalui empat aspek utama iaitu Kecekapan Tenaga, Kecekapan Air, Kualiti Persekitaran Dalaman dan Kualiti Persekitaran Luar.

DSC_6897

 

DSC_6820

 

DSC_6872

 

DSC_6887

 

DSC_6894

Read 6528 times Last modified on Tuesday, 02 August 2016 16:25