Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN STRUKTUR BANGUNAN PRA SEKOLAH DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SK SENTUL 2, KUALA LUMPUR


Tarikh : 05 Sepetember 2016 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : BANGUNAN PRA SEKOLAH SK SENTUL 2, KUALA LUMPUR 


Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Sarihan Johor, Ketua Penolong Pengarah (Senggara Am) dan
Yg Berusaha Tuan En Jamil Bin Jamaludin, Ketua Unit Pembangunan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Projek pembaikan ini telah dimulakan pada 25 April 2016 dan telah disiapkan pada 29 Ogos 2016 dengan tempoh kerja 18 minggu.
Tempoh tanggungan kecacatan (DLP) adalah bermula dari 29 Ogos 2016 sehingga 28 Februari 2017 (6 bulan).
Perlaksanaan Projek ini melibatkan 2 (dua) kontraktor iaitu kontraktor kerja-kerja awam dan elektrik.
Syarikat Rigap Maju Enterprise adalah kontraktor yang telah dilantik bagi perlaksanaan kerja-kerja awam.
Dan Syarikat Neelam Enterprise adalah kontraktor yang telah dilantik bagi perlaksanaan kerja-kerja elektrik.
Skop kerja adalah melibatkan adalah

A. Kerja-kerja Awam :


i. kerja-kerja penggantian / pembaikan keseluruhan struktur bumbung dan kemasan metaldeck 

ii. kerja-kerja pembaikan keseluruhan struktur ruangan makan pra 1 (satu) dan pembaikan keretakan-keretakan dinding dan struktur tiang

iii. penggantian kemasan siling, jubin lantai& dinding serta kerja mengecat keseluruhannya bangunan

iv. Kerja-kerja luar bangunan – mencantas pokok, kerja-kerja longkang, apron & lantai konkrit


B. Kerja-kerja Elektrik :


i. kerja-kerja pendawaian dan kelengkapan elektrik keseluruhan bangunan serta Papan Agihan.


Dengan siapnya projek ini, maka pihak sekolah dapat menyambung semula sesi pembelajaran murid-murid pra sekolah disini.
Sebagai sebuah agensi pelaksana, pihak JKR berharap agar pihak Jabatan Pendidikan (WPKL) dapat meneruskan kepercayaan dan memberikan mandat kepada pihak JKR dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di masa akan datang.


Sekian, terima kasih.



20151119_101742  20151119_101807
DSC_7486  DSC_7496
DSC_7525  DSC_7539
DSC_7552