BAHAGIAN ELEKTRIK

BAHAGIAN ELEKTRIK

Objektif Bahagian


Menyediakan perkhidmatan dan sokongan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik kepada cawangan-cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR dan Bahagian JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengendalikan projek pembangunan Infrastruktur Kerajaan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada :

  • Menyerahkan 100% projek/produk rekabentuk mengikut adual yang dipersetujui dalam Q-Plan dengan varian 10%.
  • Menyerahkan 100% produk perkhidmatan penyelenggaraan mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
  • Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
  • Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 10%.
  • Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan).
  • Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang dari 10 jenis aduan bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut.
  • Kefungsian produk sebagaimana direkabentuk
  • Keselamatan penggunaan
  • Kemudahan senggaraan
  • Mutu ketukangan (workmanship)
Fungsi Bahagian
  • Merekabentuk, menyedia tawaran (tender/sebutharga/kerja undian), penyediaan kontrak dan menyelia kerja-kerja elektrik yang berkaitan dengan Projek Pembangunan Persekutuan yang sederhana dan kecil di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Menjalankan kerja-kerja rekabentuk di dalam bidang elektrik dari peringkat awalan iaitu menyediakan brif, kajian awalan, rekabentuk konsep/perancangan dan penyediaan pelan-pelan.
  • Pada peringkat pembinaan, mengawas, menyelia dan memantau kerja-kerja elektrik di tapakserta menyemak & mengesahkan pembayaran interim bagi kerja elektrik.
  • Pengawalan kualiti kerja selaras dengan kehendak Sistem Pengurusan Kualiti JKR
  • Penyelarasan latihan dan kekompetenan bagi kakitangan Bahagian Elektrik
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknik kepada jabatan/agensi kerajaan di WPKL berkenaan kejuruteraan elektrik.
  • Memastikan piawaian keselamatan bagi operasi kerja-kerja elektrik di kem-kem tentera dan lain-lain fasiliti kerajaan dipatuhi setiap masa.
  • Menguruskan kontrak penyelenggaraan elektrik ke atas bangunan pejabat dan kem-kem tentera.
  • Merancang, mengurus, mengawas dan menyelaras aktiviti dan kerja.
  • Penyelenggaraan pengurusan fasiliti bagi bangunan pejabat, kuarters kerajaan dan kem-kem tentera.
  • Mengawas & mengaudit kerja-kerja dan peralatan elektrik yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik.
  • Meneliti & mengesahkan kerja-kerja kecil pembaikan & pengubahsuaian pendawaian dan peralatan elektrik.
  • Mengurus pemasangan elektrik sementara dan khidmat tunggu sedia bagi istiadat di Istana Negara dan upacara rasmi kerajaan.
  • Pengujian, pemulihan kerosakan pembaikan peralatan elektrik kepada semua bangunan pejabat, kuarters dan kem tentera.
  • Penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan bagi kerja penyelenggaraan elektrik untuk bangunan pejabat, kuarters dn kem tentera.
  • Mengurus pembelian dan penyimpanan alat ganti untuk kegunaan kerja penyelenggaraan.