Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Tingkat 17, Sunway Putra Tower,No. 100, Jalan Putra,50350, Kuala Lumpur. 03-4047 4400 / 03-4047 3800 aduan@jkr.gov.my

Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Thursday, 04 August 2016 08:12

Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, INTAN Jalan Elmu, K. Lumpur

Written by 
Rate this item
(0 votes)

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK-PROJEK:



1.           KERJA-KERJA PEMBAIKAN KALIS AIR BUMBUNG KONKRIT RATA TERMASUK LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN BLOK AB DI INTAN JALAN ELMU, KUALA LUMPUR.

2.      KERJA-KERJA MENAIKTARAF GELANGGANG BADMINTON SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI INTAN JALAN ELMU, KUALA LUMPUR.

3.      KERJA-KERJA MENAIKTARAF DEWAN MAKAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI INTAN JALAN ELMU, KUALA LUMPUR.



Majlis peyerahan projek-projek di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, INTAN Jalan Elmu telah diadakan pada tanggal 3 Ogos 2016M bersamaan dengan 29 Syawal 1437H. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman (Pengarah JKR W.P Kuala Lumpur) kepada YBhg. Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim (Timbalan Ketua Kluster) yang mewakili pihak INTAN Jalan Elmu, Kuala Lumpur.



Majlis yang diadakan di Dewan Ibnu Sina, INTAN Jalan Elmu, Kuala Lumpur turut diserikan dengan kehadiran Yang Berusaha Pn. Ellyza Mastura Binti Ahmad Hanipiah (Timbalan Ketua Kluster, Sub Kluster Inovasi, INTAN Jalan Elmu), Pegawai-pegawai kanan INTAN Jalan Elmu, Pegawai-pegawai JKR W.P Kuala Lumpur dan pihak kontraktor.



Simbolik penyerahan adalah dengan penyampaian replika jaring badminton dan bola sepak takraw berserta dengan dokumen serahan dari JKR W.P Kuala Lumpur kepada pihak INTAN.



Projek di atas adalah sebahagian daripada lapan (8) projek yang telah dirancang dalam Perlaksanaan RMK-11 bagi projek-projek pembangunan yang akan dan sedang dilaksanakan di INTAN Jalan Elmu pada tahun 2016 dengan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM 2.5 juta.



Pengurusan projek-projek ini adalah di bawah pengurusan JKR WPKL yang terdiri daripada Bahagian Senggara Am & Istiadat, Bahagian Mekanikal dan Bahagian Elektrikal



Skop utama projek adalah kerja-kerja kalis air bumbung konkrit rata dari jenis membrane bagi bumbung tingkat 1 dan tingkat 6, kerja-kerja membaiki siling rosak, kerja-kerja mengecat luar dan dalam dewan makan, kerja-kerja menaiktaraf bilik air di luar dewan makan, Kerja-kerja pemasangan ‘awnings’, dan kerja-kerja penggantian fabrik lapik tempat duduk dewan makan serta pembinaan gelanggang badminton baharu.



Pihak kontraktor secara rasminya telah berjaya menyiapkan kerja dalam tempoh kontrak dan Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor.



Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak INTAN serta pihak lain yang terlibat kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan projek ini.



Sekian.

 

 

 

DSC_6907

 

DSC_6947

 

DSC_6960

 

DSC_6998

 

DSC_7020

 

DSC_7028

Read 3533 times Last modified on Thursday, 04 August 2016 09:14