Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Tuesday, 11 October 2016 15:57

PENGESAHAN KERJA KONSERVASI MURAL DBP PADA 11 OKTOBER 2016 BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN LAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR.

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PENGESAHAN KERJA KONSERVASI MURAL DBP PADA 11 OKTOBER 2016 BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN LAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR.

Mural berukuran 221 meter persegi di fasad bangunan Balai Budaya Tun Syed Nasir adalah merupakan sebuah karya seniman Hj. Ismail Mustam yang bertajuk ‘Cara Hidup di Malaya Dan Bahasa Kebangsaan’ memaparkan 5 sosok disebalik buku yang melambangkan sarana utama menyatukan keberagaman nilai-nilai dan prinsipal yang wujud di dalam rakyat negara.

Kerja-kerja pemuliharaan mural telah bermula pada 26 Ogos 2014 dimana profil mural direkod dengan menggunakan Resolusi Tinggi Fotografi dan Pengimbas Laser 3D – HABS 1 bagi mencatat kedudukan dan warna profil mural.

Antara proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

1.       Pembersihan dan penyediaan kawasan,

2.       Pemasangan platform,

3.       Pemasangan perancah dan bumbung sementara,

4.       Pemeriksaan mozek dan pembersihan mural,

5.       Pengesahan warna mozek,

6.       Pengasingan mozek mengikut tona warna (62 tona) secara manual,

7.       Penyusunan mozek mural mengikut grid iaitu grid utama (900x900) dan grid kecil (300x300) secara manual, dan

8.       Pemasangan semula mozek mural.

Beberapa siri pemeriksaan terhadap kerja pemasangan mozek mural di tapak telah dilaksanakan oleh pihak konsevator, JWN, perunding GDP Architects S/B dan pihak JKR sepanjang tempoh pembinaan. Pembetulan telah dilakukan secara berkala dan telah memperolehi persetujuan semua pihak semasa semakan akhir mural pada 8 Oktober 2016 dan pengesahan kerja konservasi mural pada 11 Oktober 2016.

DSC_8421

 

DSC_8434

 

DSC_8447

 

DSC_8480

 

DSC_8474

Read 5398 times Last modified on Tuesday, 11 October 2016 16:09