Perhimpunan Pagi bersama Pengarah JKR WP Kuala Lumpur Bil 1/2019 telah diadakan pada 12 Mac 2019 di Dewan Serbaguna, Tingkat 19, Sunway Putra, JKR WP Kuala Lumpur.
Majlis telah dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan pendaftaran pegawai dan kakitangan di meja urusetia dan kemudiannya disusuli dengan ketibaan Pengarah JKR WP Kuala Lumpur Hj. Noor Azman Bin Ramlee pada jam 8.30 pagi. Kemudiannya majlis diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam.
Selepas selesai ucapan Pengarah JKR WP Kuala Lumpur, Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh bagi tempoh Oktober 2018 hingga Disember 2018.
Selepas itu, majlis disusuli dengan Penyampaian Sijil Penghargaan Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Sesi 2017/2018.
Majlis telah berakhir pada jam 11.00 pagi dan semua pegawai/kakitangan dijemput menjamu selera dengan juadah yang disediakan.