Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Tuesday, 23 April 2019 11:27

PROGRAM PENGHAYATAN JATI DIRI SESI 1/2019

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM PENGHAYATAN JATI DIRI SESI 1/2019

Tarikh : 17 April 2019 - 19 April 2019

Program anjuran JKR WPKL dengan kerjasama Unit Pengurusan Korporat,Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan JKR WP Kuala Lumpur ini telah diadakan di Lembah Azwen, Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 17-19 April 2019 dan disertai oleh 60 orang kakitangan JKR WPKL serta Urusetia.

Pada 17 April 2019, program dimulakan pada sesi petang iaitu sesi pengenalan/ice breaking kepada para peserta JKR WPKL. Pada sesi malam pula, satu ucapan perasmian dan amanat oleh Tuan Pengarah JKR WPKL, HJ NOORAZMAN BIN RAMLEE dan diteruskan dengan Modul 1 iaitu aktiviti Baloon Plucking yang berteraskan nilai amanah dan jujur dalam bekerja. Program berakhir pada jam 10.30 malam.

Pada 18 April 2019, program diteruskan dengan modul-modul yang dilaksanakan bagi membantu meningkatkan semangat kerjasama dan berpasukan di antara kakitangan.

Pada hari terakhir iaitu 19 April 2019, majlis penutup telah disempurnakan dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi bergambar dan majlis berakhir jam 12.30 tengah hari.

JKR WPKL mengucapkan terima kasih dan penghargaan bagi semua pihak yang terlibat termasuk fasilitator dan kakitangan Lembah Azwen yang telah membantu menjayakan program ini selama 3 hari. Diharapkan matlamat dan objektif program ini dapat dicapai bagi memastikan semua peserta yang hadir dapat menghasilkan mutu kerja yang efektif serta menanam sikap bekerjasama dalam melaksanakan tugas masing-masing.

'WE WORK AS A FAMILY

DSC 5789

DSC 5998

DSC 6339

DSC 6017

DSC 6556

Read 5343 times