Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Wednesday, 13 September 2023 12:02
12
Wednesday, 13 September 2023 11:08
dasar antirasuahD
Tuesday, 23 April 2019 11:27

PROGRAM PENGHAYATAN JATI DIRI SESI 1/2019

Tarikh : 17 April 2019 - 19 April 2019

Program anjuran JKR WPKL dengan kerjasama Unit Pengurusan Korporat,Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan JKR WP Kuala Lumpur ini telah diadakan di Lembah Azwen, Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 17-19 April 2019 dan disertai oleh 60 orang kakitangan JKR WPKL serta Urusetia.

Pada 17 April 2019, program dimulakan pada sesi petang iaitu sesi pengenalan/ice breaking kepada para peserta JKR WPKL. Pada sesi malam pula, satu ucapan perasmian dan amanat oleh Tuan Pengarah JKR WPKL, HJ NOORAZMAN BIN RAMLEE dan diteruskan dengan Modul 1 iaitu aktiviti Baloon Plucking yang berteraskan nilai amanah dan jujur dalam bekerja. Program berakhir pada jam 10.30 malam.

Pada 18 April 2019, program diteruskan dengan modul-modul yang dilaksanakan bagi membantu meningkatkan semangat kerjasama dan berpasukan di antara kakitangan.

Pada hari terakhir iaitu 19 April 2019, majlis penutup telah disempurnakan dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi bergambar dan majlis berakhir jam 12.30 tengah hari.

JKR WPKL mengucapkan terima kasih dan penghargaan bagi semua pihak yang terlibat termasuk fasilitator dan kakitangan Lembah Azwen yang telah membantu menjayakan program ini selama 3 hari. Diharapkan matlamat dan objektif program ini dapat dicapai bagi memastikan semua peserta yang hadir dapat menghasilkan mutu kerja yang efektif serta menanam sikap bekerjasama dalam melaksanakan tugas masing-masing.

'WE WORK AS A FAMILY

DSC 5789

DSC 5998

DSC 6339

DSC 6017

DSC 6556

Friday, 22 March 2019 09:54

 

21 Mac 2019 : Satu lawatan ke Kilang Kansai Paint Asia Pasific Sdn Bhd oleh Pihak JKR WP Kuala Lumpur yang bertempat di Solok Waja 2, Kawasan Perindustrian Bukit Raja 41710 Klang, Selangor. Seramai 40 orang kakitangan JKR WP Kuala Lumpur menghadiri ke lawatan tersebut. 

 

DSC 5751

DSC 5774

DSC 5746

 

Tuesday, 12 March 2019 10:45

Perhimpunan Pagi bersama Pengarah JKR WP Kuala Lumpur Bil 1/2019 telah diadakan pada 12 Mac 2019 di Dewan Serbaguna, Tingkat 19, Sunway Putra, JKR WP Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan pendaftaran pegawai dan kakitangan di meja urusetia dan kemudiannya disusuli dengan ketibaan Pengarah JKR WP Kuala Lumpur Hj. Noor Azman Bin Ramlee pada jam 8.30 pagi. Kemudiannya majlis diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam.

Selepas selesai ucapan Pengarah JKR WP Kuala Lumpur, Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh bagi tempoh Oktober 2018 hingga Disember 2018.

Selepas itu, majlis disusuli dengan Penyampaian Sijil Penghargaan Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Sesi 2017/2018.

Majlis telah berakhir pada jam 11.00 pagi dan semua pegawai/kakitangan dijemput menjamu selera dengan juadah yang disediakan.

 

BACKDROP PERHIMPUNAN

 

DSC 5618

 

DSC 5637

 

DSC 5645

 

DSC 5656

 

DSC 5664

 

DSC 5660

 

DSC 5666

 

DSC 5723

 

DSC 5728

Thursday, 07 February 2019 10:49

Seluruh warga JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih di atas khidmat bakti Tuan Ir.Hj Zakaria Bin Semail sebagai Pengarah JKRWPKL bermula pada 19 Februari 2018 sehingga 6 Februari 2019. Selamat Maju Jaya diucapkan....

DSC 5433

Thursday, 17 January 2019 10:24

14 & 15 Januari 2019 : Telah diadakan Audit Pensijilan Semula SIRIM SPK MS ISO 9001:2015, JKR WPKL. Hasil penemuan audit tersebut, dicatatkan sebanyak 2 Cadangan Penambahbaikan (OFI) dan tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) ditemui. Sehubungan dengan itu, JKR WPKL telah layak untuk memperbahurui SIJIL bagi tempoh 3 tahun lagi. Syabas warga JKR WPKL!!

 

83459f88 76dc 4e1a 9f4a 9ce8e0f05de9 1

IMG 0867

79604a2c 8bb8 466f 9650 655230396930

Thursday, 13 April 2017 15:41


Perhimpunan Pagi bersama Pengarah JKR WP Kuala Lumpur Bil 1/2017 telah diadakan pada 13 April 2017 di perkarangan tempat letak kereta, Blok D, JKR WP Kuala Lumpur.



Majlis telah dimulakan pada pukul 7.45 pagi dengan pendaftaran pegawai dan kakitangan di meja urusetia dan kemudiannya disusuli dengan ketibaan Pengarah JKR WP Kuala Lumpur Ir Hj Hanan Bin Hj Elias pada jam 8.30 pagi. Kemudiannya majlisditeruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam.



Selepas selesai ucapan Pengarah JKR WP Kuala Lumpur, Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu yang bertajuk ‘TN50 (Transformasi Nasional 2050)’ yang disampaikan oleh En. Muhammad Anas Bin Razali dari Biro Tatanegara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Selepas itu, majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan penyampaian sijil dan cenderahati bagi Anugerah Pekerja Contoh bagi Suku Tahun Pertama 2017.



Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan KSK JKR WP K. Lumpur kali ke-16 bagi melantik ahli jawatan kuasa yang baru.



Majlis telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dan semua pegawai/kakitangan dijemput menjamu selera dengan juadah yang disediakan.

 

DSC 0030

 

DSC 0045

 

DSC 0046

 

DSC 0022

 

DSC 0069

 

DSC 0107

 

DSC 0138

Friday, 31 March 2017 15:55

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI RUMAH PUSPANITA, JALAN HOSE, KUALA LUMPUR BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN (2016)

Tarikh : 31 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 11.00pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Teratai,
Blok Senggara, JKR WPKL


Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ir. Nor Azita Binti Yusof, Jurutera Awam Penguasa (Senggara), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan wakil pelanggan, En. NasiruddinBin Sulaiman, Penolong Jurutera (Elektrik ) Puspanita.

Kerja-Kerja Penyelenggaraan di Rumah Puspanita telah mula dilaksanakan pada 26hb Januari 2016 dan berakhir pada 24hb Januari 2017.

Tempoh tanggungan kecacatan (DLP) adalah satu tahun bermula dari 24hb Januari 2017 sehingga 23hb Januari 2018.

Pengurusan projek ini adalah di bawah pengurusan JKR WPKL yang terdiri daripada Bahagian Senggara Am, Bahagian Elektrik dan Bahagian Mekanikal.

Syarikat Amal Image Resources Sdn. Bhd. adalah kontraktor utama yang melaksanakan kerja-kerja tersebut. Bagi Sub kontraktor yang dilantik adalah Akram Technology Engineering (Kontrak Elektrik), Labu Mekar Enterprise (Kontrak Mekanikal- Sistem Bangunan)Dan Hi-Rise Industrial And General Handlings Sdn. Bhd. (Kontrak Mekanikal- Sistem Platform Lift)
Skop kerja penyelenggaraan yang terlibat dalam kontrak ini meliputi kerja-kerja pembaikan & penyelenggaraan kejuruteraan awam, kerja-kerja landskap, pembersihan bangunan & kawalan serangga perosak dan kerja-kerja penyelenggaran sistem mekanikal & elektrikal.
Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM), pihak Puspanita serta pihak lain yang terlibat kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan projek ini.

Sekian.

IMG 3373

 

IMG 3376

 

IMG 3379

Tuesday, 15 November 2016 09:58

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENGGANTIAN PAIP KUMBAHAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KESELURUHAN 33 TINGKAT MENARA 2 BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR.



Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Sarihan bin Johor, Ketua Penolong Pengarah (Senggara Am) dan Yang Berusaha DSP Jebat Bin Bakar Pegawai  Penyelenggaraan Bahagian Pembangunan Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.



Projek pembaikan ini telah dimulakan pada 11 Julai 2016 dan telah disiapkan pada 24 Oktober 2016 dengan tempoh kerja 15 minggu. Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) adalah bermula dari 25 Oktober 2016 sehingga 25 April 2016 (6 Bulan)



Tri Dinamik Enterprise telah di awad sebagai kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerjaKerja-Kerja Pembaikan Dan Penggantian Paip Kumbahan ini.



Secara umumnya, skop kerja yang terlibat adalah kerja-kerja penggantian paip kumbahan dari jeniscast ironkepada paip Pvc, kerja-kerja siling dan kerja pintu bilik Riser.



Sebagai sebuah agensi pelaksana, pihak JKR berharap agar pihak PDRM dapat meneruskan kepercayaan dan memberikan mandat kepada pihak JKR dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di masa akan datang.

 

DSC_8858

 

DSC_8890

 

DSC_8899

 

DSC_8915

Tuesday, 11 October 2016 15:57

PENGESAHAN KERJA KONSERVASI MURAL DBP PADA 11 OKTOBER 2016 BAGI PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA BANGUNAN LAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR.

Mural berukuran 221 meter persegi di fasad bangunan Balai Budaya Tun Syed Nasir adalah merupakan sebuah karya seniman Hj. Ismail Mustam yang bertajuk ‘Cara Hidup di Malaya Dan Bahasa Kebangsaan’ memaparkan 5 sosok disebalik buku yang melambangkan sarana utama menyatukan keberagaman nilai-nilai dan prinsipal yang wujud di dalam rakyat negara.

Kerja-kerja pemuliharaan mural telah bermula pada 26 Ogos 2014 dimana profil mural direkod dengan menggunakan Resolusi Tinggi Fotografi dan Pengimbas Laser 3D – HABS 1 bagi mencatat kedudukan dan warna profil mural.

Antara proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut:

1.       Pembersihan dan penyediaan kawasan,

2.       Pemasangan platform,

3.       Pemasangan perancah dan bumbung sementara,

4.       Pemeriksaan mozek dan pembersihan mural,

5.       Pengesahan warna mozek,

6.       Pengasingan mozek mengikut tona warna (62 tona) secara manual,

7.       Penyusunan mozek mural mengikut grid iaitu grid utama (900x900) dan grid kecil (300x300) secara manual, dan

8.       Pemasangan semula mozek mural.

Beberapa siri pemeriksaan terhadap kerja pemasangan mozek mural di tapak telah dilaksanakan oleh pihak konsevator, JWN, perunding GDP Architects S/B dan pihak JKR sepanjang tempoh pembinaan. Pembetulan telah dilakukan secara berkala dan telah memperolehi persetujuan semua pihak semasa semakan akhir mural pada 8 Oktober 2016 dan pengesahan kerja konservasi mural pada 11 Oktober 2016.

DSC_8421

 

DSC_8434

 

DSC_8447

 

DSC_8480

 

DSC_8474