Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Thursday, 30 June 2016 16:02

PEMBAIKAN BLOK UTAMA DAN PRA-SEKOLAH SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR.

Written by 
Rate this item
(63 votes)

PEMBAIKAN BLOK UTAMA DAN PRA-SEKOLAH SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) SUNGAI BESI,

KUALA LUMPUR.



TARIKH       :         30 Jun 2016 (Khamis)

MASA        :         8.30 pagi

TEMPAT      :         BILIK GERAKAN, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) SUNGAI BESI,

KUALA LUMPUR





Projek isu keselamatan di SJK(T) Sungai Besi timbul berikutan kejadian runtuhan cerun pada Disember 2015. Kerja pembaikan sementara cerun runtuh serta-merta dijalankan dan siap pada 15/12/2015 oleh kontraktor Hasrat Padu Enterprise dengan kos sebanyak RM19,938.60. Kerja pembaikan kekal dilaksanakan bawah peruntukan darurat, AP 173.2 oleh kontraktor MSI Elite Enterprise dengan kos sebanyak RM427,137.39 bermula 14/12/2015 dan telah disiapkan pada 25/01/2016.



Lanjutan dari itu, pembaikan keretakan bagi bangunan BLOK UTAMA sekolah ini seterusnya dilaksanakan oleh kontraktor FAIZAL G-TWO (G2) bermula pada 07.04.2016 dan berjaya disiapkan pada tarikh 27.06.2016 dengan kos sebanyak RM438,840.00. TAHNIAH diucapkan kepada pihak kontraktor kerana telah berjaya menyiapkan projek ini.



Majlis serahan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat DATO' P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN Timbalan Menteri Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia. JKR WPKL sangat beruntung kerana Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Pendidikan I sudi meluangkan masa dalam kesibukan tugas harian ke Majlis Penyerahan Projek PEMBAIKAN BLOK UTAMA DAN PRA-SEKOLAH SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR pada jam 8.30 pagi, 30 Jun 2016.



Dokumen serahan Projek telah ditandatangani oleh Tuan Pengarah JKR WPKL, Ir. Hj. Mohd Zulkefly Sulaiman bersama Ir. Shirin Idora Binti Mahmud, Ketua Penolong Setiausaha (PPK), Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset (BPPA), Kementerian Pendidikan Malaysia.



Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) adalah 6 bulan bermula dari 27.06.2016 sehingga 27.12.2016.



Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta pihak lain yang terlibat kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan projek ini. Sekian.

DSC_4853

 

DSC_4923

DSC_4925

DSC_4975

DSC_5011

DSC_5047

DSC_5064

DSC_5105

DSC_5191

DSC_5198

DSC_5226

DSC_5240

 

Read 10469 times Last modified on Thursday, 30 June 2016 16:24