Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Thursday, 06 October 2016 09:22

MAJLIS PERASMIAN SRA ABDULLAH IBNU ABBAS PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR

Written by 
Rate this item
(0 votes)

04.10.2016(Selasa) MAJLIS PERASMIAN SRA ABDULLAH IBNU ABBAS



Majlis Perasmian Pembinaan Sekolah Rendah Agama Abdullah Ibnu Abbas atau lebih dikenali sebelum ini dengan nama SRA Pantai Ria, di Pantai Dalam, Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini turut disertai oleh YM Datuk Seri Utama Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, YBrs, En Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan YBrs. Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta para jemputan pada 4 Oktober 2016, jam 10 pagi.



SRA Abdullah Ibnu Abbas telah siap dibina pada 7 Mac 2016 dan diserahkan kepada pihak pelanggan pada 24 Mac 2016. Sekolah ini mula beroperasi pada 13 Jun 2016. Sekolah ini dianggarkan dapat menampung kapasiti sebanyak 540 pelajar yang dilengkapi dengan 1 blok sekolah 3 tingkat yang mengandungi 18 bilik darjah, kantin, pejabat, bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik guru, tandas lelaki/perempuan serta tandas guru. Selain dari itu juga terdapat fasiliti pondok pengawal, rumah sampah dan pencawang TNB.



Perasmian ini merupakan satu medium kepada masyarakat untuk memaklumkan secara rasmi tentang projek pembangunan SRA di bawah pelaksanaan pihak JAWI. Tujuan pembinaan SRA ini adalah untuk memberi kemudahan yang lebih selesa kepada anak-anak tempatan yang berada di sekeliling Lembah Pantai Dalam ini untuk mendapat pendidikan agama di peringkat awal. Ianya adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang melalui bidang pendidikan Islam.

YB1

YB2

YB3

YB4

YB5

YB6

YB7

YB8

YB9

YB12

Read 5364 times Last modified on Thursday, 06 October 2016 10:35