Menu

JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Tingkat 17, Sunway Putra Tower,No. 100, Jalan Putra,50350, Kuala Lumpur. 03-4047 4400 / 03-4047 3800 aduan@jkr.gov.my

Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
 
IMG 0863
JABATAN KERJA RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1975 berikutan dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974. Ia ditubuhkan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab kerja raya am dikawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripadaJabatan Kerja Raya Selangor.

Pengurusan jabatan ini adalah sama seperti Jabatan Kerja Raya di peringkat negeri dengan perbezaan nyata bahawa ianya dibiayai oleh Peruntukan Persekutuan. Semasa penubuhan JKR Wilayah Persekutuan, jabatan ini telah ditempatkan di Bangunan JKR 26 Jalan Sultan Hishamuddin berkongsi dengan JKR Daerah Gombak. Pada bulan April 1976, Pejabat JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpindah ke pejabat sementara di Jalan Tun Ismail berhampiran dengan Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pada bulan Januari 1996, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpindah pejabat sekali lagi, kini ke sebuah pejabat yang tetap, indah dari segi rekabentuknya dan selesa dari segi keluasannya. Pejabat baru ini terletak di Jalan Chan Sow Lin. Terkini, pejabat JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpindah ke bangunan baru di Bangunan Sunway Putra bermula Julai 2018 yang lalu.
Read 7850 times Last modified on Thursday, 03 January 2019 11:44