Menu
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
PIAGAM PELANGGAN PINDAAN 01 2019 page 001
 
Kami adalah komited untuk menyediakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negera. Dalam menyediakan keperluan di atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada :
  • Jangka masa secepat mungkin
  • Kos yang ekonomik
  • Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang baik.
Jabatan ini akan sentiasa memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang dipertanggungjawabkan berfungsi sepertimana yang ditetapkan .
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti diatas kami berjanji.

A: Aktiviti : Jalan

Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Penguna Jalanraya.

B:Aktiviti : Bangunan

Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Penghuni Bangunan .

C:Aktiviti : Lapangan Terbang Dan Pelabuhan

Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Pihak Awam

D:Aktiviti : Lain - Lain

Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Pihak Awam


A:Aktiviti : Jalan
Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Penguna Jalan Raya


Mereka bentuk dan melaksanakan projek pembinaan jalan yang berkualiti mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam memastikan pengguna jalan raya dapat menikmati perjalanan dengan selamat , mudah dan selesa :
  • Setiap kerja pembaikan diatas jalan raya akan dilengkapi dengan papan - papan tanda dan alat amaran lain yang secukupnya.
  • Tindakan untuk memperbaiki lubang - lubang ( potholes ) di atas turapan jalan yang merbahayakan lalulintas akan diambil dalam masa tidak melebihi 24jam setelah aduan diterima / dikenalpasti .
  • Sekiranya berlaku dalam keadaan yang menggangu lalulintas atau keselamatan awam , seperti pokok - pokok tumbang atau tanah runtuh , tindakan sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media masa sekurang - kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan .Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima melalui pihak berkuasa tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan selepas menerimanya .
B.Aktiviti : Bangunan Pelanggang Utama : Agensi Kerajaan , Penghuni Bangunan.

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh perlaksanaanya dari tarikh penerima brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi :
  • 20 bulan bagi pelan piawaian
  • 24 bulan bagi reka bentuk baru
Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh perlaksanaanya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi :
  • 22 bulan bagi pelan piawai
  • 36 bulan bagi reka bentuk baru
  • Tempoh penyempurnaan kerja - kerja penyelengaraan adalah :
- Aduan - aduan yang diterima akan disiasat dalam masa 24 jam.
- Tindakan pembaikan kecemasan dalam tempoh 24 jam.
- Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 4 minggu.

C:Aktiviti : Lapangan Terbang Dan Pelabuhan
Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh perlaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi :
  • 20 bulan bagi pelan piawai
  • 24 bulan bagi reka bentuk baru
Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek , tempoh pelaksanaan dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi :
  • 22 bulan bagi pelan piawai
  • 36 bulan bagi reka bentuk baru
D:Aktiviti : Lain - Lain Pelanggan Utama : Agensi Kerajaan , Pihak Awam

Tempoh penyempurnaan bagi kerja - kerja mekanikal berikut adalah :

  • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal
24jam
  • Kerja pembaikan besar ( major overhaul )kenderaan dan loji berat
4 bulan
  • Kerja pembaikan kecil dan loji berat
1 bulan
  • Penggantian Chiller
15 bulan
  • Penggantian Lif
15 bulan
  • Menaik taraf pencegahan kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinker
15 bulan

Aduan - aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil tindakan dalam tempoh berikut :
  • Kerosakan yang biasa - 1 hari
  • Kerosakan yang rumit - secepat mungkin dengan syarat ada peruntukan
  • Cadangan awal membaik pulih kegagalan cerun , asas , pavemen dan bahan akan diberi dalam tempoh 2 minggu selepas lawatan tapak.
  • Syor membaik pulih akan dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas lawatan tapak .
Read 14697 times Last modified on Monday, 22 July 2019 16:00