Menu
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Monday, 31 July 2023 12:10

HEBAHAN POLICY WHISTLEBLOWING JABATAN KERJA RAYA Featured

Written by 
Rate this item
(0 votes)
Pengurusan aduan salahlaku dan integriti Jabatan secara rasminya dilancarkan melalui Polisi Whistleblowing JKR. Polisi ini adalah satu elemen penting yang menerangkan proses pelaksanaan penerimaan aduan, penyiasatan, penyediaan laporan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak Pengurusan Atasan JKR ke atas mana-mana warga JKR yang terlibat sekiranya terdapat salahlaku dan ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan pegawai awam berkaitan tatakelakuan dan tatatertib.

Selaras dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblowing Protection Act 2010) (Akta 711) objektif polisi ini adalah :

a) Menyediakan kemudahan kepada umum untuk menyalurkan maklumat mengenai salahlaku warga JKR.

b) Menyediakan panduan tindakan Jabatan yang diambil ke atas aduan-aduan berkaitan salahlaku dan integriti.

c) Memberi peluang kepada warga JKR untuk melaporkan sebarang ketidakpatuhan tatakelakuan dan tatatertib di kalangan warga JKR.

d) Mewujudkan budaya kerja beretika dan berintegriti.
Read 4699 times