MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KEPADA PELANGGAN
PROJEK PENGGANTIAN LIF BARANG DI BLOK B, WISMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP), KUALA LUMPUR.
Majlis Penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PENGGANTIAN LIF BARANG DI BLOK B, WISMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP), KUALA LUMPUR telah diadakan pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Aras 19, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sunway Putra Tower.
Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR W.P. Kuala Lumpur.
Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 11 dalam 1 :
1. Perakuan Siap Kerja;
2. Lukisan Siap Bina
3. Manual Operasi & Penyenggaraan;
4. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
5. Penyiapan awal dari tarikh siap semasa ( Awal 57 hari);
6. Penjimatan siling projek sebanyak RM600,000.00;
7. Capai piagam pelanggan (Kos dan masa yang dipersetujui)
8. Zero Major Defect;
9. Zero Lost Time Injuries (LTI), sifar kemalangan;
10. Zero Complaints
11. Zero NCR dan OFI Audit SIRIM SPK MS ISO 9001 : 2015 TAHUN 2023.
dan lain-lain keperluan. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat.