KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN PEJABAT JPJ WPKL CAWANGAN MANJALARA TINGKAT 2 DAN TINGKAT 3 SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN
TARIKH : 25 Julai 2016 (Isnin)
MASA : 11.30 pagi
TEMPAT : BILIK MESYUARAT, TINGKAT 3, JPJ CAWANGAN BANDAR MENJALARA,
NO. 2, JALAN MEDAN PUTRA 4, PUTRA BUSINESS CENTRE,
52200 BANDAR MENJALARA, KUALA LUMPUR
Majlis serahan ini yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Md Ziki Bin A. Rahman, Pengarah JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur serta Yang Berusaha Tn. Haji Kamarudin bin Mohamad Sa’ad, Pengarah, Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.
Dalam merealisasikan visi JKR untuk menjadi penyedia kemudahan bertahap antarabangsa di Malaysia, JKR dengan kerjasama pihak JPJ Malaysia berganding bahu dalam menyediakan kemudahan asas pelesenan iaitu Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Pembaharuan Lesen Memandu yang diperlukan rakyat setempat.
Cawangan baru ini dijangka memberi manfaat kepada rakyat di sekitar kawasan Kepong, Batu Caves, Damansara, Sungai Buloh, Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan khidmat dan kemudahan JPJ dalam jarak yang munasabah sekaligus menambah nilai dan kecekapan pihak JPJ dalam menyediakan kemudahan negara. Selain itu, di pihak JPJ pula, dengan pembukaan cawangan baru ini juga dapat sedikit sebanyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
JKR amat berbesar hati dengan kepercayaan yang telah diberikan bagi membantu pihak JPJ Malaysia dalam menyempurnakan kerja-kerja pengubahsuaian di pejabat ini bagi membolehkan ianya beroperasi.
Sejak tahun 2015, JKR telah berjaya menyiapkan fasa pertama merangkumi aras bawah dan aras 1; dan seterusnya bagi melengkapkan kefungsian pejabat ini, pada tahun 2016, sekali lagi pihak JPJ memberi kepercayaan dan mandat kepada JKR bagi menyiapkan fasa 2 yang melibatkan aras 2 & aras 3 pula. Dengan bajet yang telah diperuntukkan, JKR dengan kerjasama penuh pihak kontraktor telah berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan wang peruntukan tersebut sepertimana permintaan pihak pelanggan.
TAHNIAH kepada kontraktor yang telah dilantik iaitu Mazoma Enterprise kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dan terima kasih diucapkan.
Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) adalah 6 bulan bermula dari 25.07.2016 sehingga 25.01.2017.
Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia serta pihak lain yang terlibat kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan projek ini. Sekian.
Â
Â
Â
Â
Â
Â